Pengenalan

Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) ialah satu badan yang mewakili semua penghuni sesebuah Desasiswa yang diketahui oleh Yang Dipertua (YDP) dan dibantu oleh Pihak Pengurusan, Majlis Tertinggi MPD dan barisan Exco yang dipilh.
 
Tujuan MPD ditubuhkan
  • Memupuk bakat kepimpinan penghuni pada peringkat desasiswa.
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti pada peringkat desasiswa
  • Menjadi penghubung kepada pihak pentadbiran desasiswa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penghuni
Peranan MPD
  • 1. memastikan kebajikan penghuni desasiswa terjamin dari semua aspek
  • 2. perantara antara penghuni dan penggawa
  • 3. menyediakan progrm yg menarik dan sesuai utk penghuni sertai (kpntgn mata desa)
  • 4. melatih diri agar lebih berkepimpinan dan beramanah dlm menjlnkn tugas
Dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya,MPD disediakan kemudahan seperti:
  • Bilik Gerakan
  • Bilik-bilik kemudahan melalui tempahan
  • Peruntukan daripada yuran yang dibayar oleh setiap penghuni