aktiviti
 

Pengenalan
 
Desasiswa Indah Kembara amat menitikberatkan penglibatan pelajar di dalam aktiviti yang diadakan di luar dewan kuliah dan pada waktu senggang. Ini bermaksud, desasiswa menggalakkan para penghuninya untuk bergiat aktif dan menceburkan diri dalam pelbagai jenis dan bidang aktiviti yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Hal yang demikian termasuklah bersukan, berekreasi, beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti di luar kampus seperti kerja amal, kesukarelawanan, gotong royong dan sebagainya.
 
Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara aktif beraktiviti dan sering menganjurkan aktiviti-aktiviti yang khusus melibatkan para penghuninya dan juga warga USM amnya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi ruang interaksi antara penghuninya, di samping membangunkan bakat mereka dalam pelbagai bidang sukan, permainan dan rekreasi, dan juga sebagai wadah untuk pelajar melepaskan beban tekanan di dalam fikiran setelah bertungkus lumus di dalam pelajaran saban hari.
 
Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak desa untuk kegunaan para penghuni. Ini termasuklah basikal, padang bola jaring, dan juga bilik rekreasi. Selain itu, penghuni juga boleh meminjam peralatan sukan seperti raket badminton, bola, meja ping pong dan lain-lain alatan untuk kegunaan mereka dengan syarat-syarat tertentu.
 
Senarai aktiviti Desasiswa Indah Kembara
 
Sidang 2015/2016
Sidang 2016/2017
Sukad Fasa 1
Sukad Fasa 1
Sukad Fasa 2
Sukad Fasa 2
Sukad Fasa 3
Bengkel Pengurusan Jenazah
Temasya Olahraga Tahunan (TOT)
Bengkel Photoshop
Penganjur Bersama, Debat Piala Naib canselor (DPNC)
Majlis Bacaan Yaasin Sempena Minggu Peperiksaan
Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti (PADU)
Kempen Derma Darah
Majlis Tilawah Al-Quran (Johan Qariah)
Majlis Tilawah Al-Quran
Sukad Fasa 3
Bengkel ICT & Multimedia
Pertandingan Debat Piala Naib Canselor (DPNC)
Bengkel Fotografi
Malam Jasamu Dikenang
Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti (PADU)
 
 
Temasya Olahraga Tahunan (TOT)
 
 
Malam Jasamu Dikenang
 
 
 
 
 
 
Senarai Exco 2016/2017