Desasiswa Indah Kembara adalah antara asrama pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyediakan kemudahan penginapan di dalam kawasan kampus. Ia merangkumi 4 blok asrama yang boleh memuatkan sehingga 904 orang pelajar pada satu-satu masa.
 
Desasiswa ini turut menempatkan pelajar yang menganggotai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Darat dan Laut (PALAPES). Desasiswa Indah Kembara terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti anjuran USM.
 
Kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh Desasiswa Indah Kembara ialah sewaan penginapan bilik pelajar,kemudahan sewaan 2 buah dewan serbaguna, kafetaria, makmal komputer , bilik rekreasi , wifi, mesin dobi, kedai serbaneka  dan lain-lain.
 
Kafetaria Desasiswa Indah Kembara menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan. Kebersihan kafetaria sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa universiti termasuklah aspek kawalan harga makanan dan minuman bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terjamin.