Pengenalan

 

Program Continuous Student Development (MyCSD) dirangka khusus untuk memberi pengiktirafan kepada penglibatan pelajar melalui program pembangunan pelajar yang mereka ikuti sepanjang tempoh pengajian dan direkodkan secara sistematik di dalam rekod pelajar.

 

Kegunaan MyCSD

 

  • Transkrip ko-kurikulum
  • Pemilihan desasiswa
 
Kekuatan MyCSD
 
  1. Pengiktirafan oleh pihak universiti terhadap aktiviti pelajar secara sistematik dan cekap
  2. Pelajar akan memiliki transkirp aktiviti khusus untuk menyokong pembangunan insaniah yang boleh diterima pakai selepas berijazah kelak
  3. Membezakan graduan keluaran USM berbanding institusi lain khususnya untuk kemudahan dan penilaian majikan

 

Komponen-Komponen MyCSD

 

  1. Akademik - Program ijazah di pusat pengajian
  2. Teras wajib - mengikuti Program Pimpin Siswa
  3. Komponen Generik - Pengiktirafan kepada penyertaan pelajar dalam program kemahiran insaniah yang dianjurkan oleh Universiti, Pusat Pengajian, Persatuan, Desasiswa atau mana-mana badan-badan yang diiktiraf oleh universiti

 

9 Teras Kemahiran Insaniah (Komponen Generik)

 

  1. Reka Cipta & inovasi
  2. Khidmat Masyarakat
  3. Debat & Pidato
  4. Kesukarelawan
  5. Keusahawanan
  6. Kepimpinan
  7. Kebudayaan
  8. Sukan

 

Rekod MyCSD

 

  • Rekod kemajuan MyCSD semua pelajar dikemaskini secara elektronik dengan sokongan sistem aktiviti pelajar sedia ada yang terdapat di Pusat Pengetahuan Komputer & Teknologi (PPKT)
  • Semua aktiviti di dalam lapan teras kemahiran insaniah akan direkodkan dalam sistem aktiviti sedia ada
  • Pelajar boleh memantau kemajuan dan pencapaian MyCSD masing-masing menerusi sistem dalam talian (Healthy Campus - Campus Online)

 

MyCSD dan Permohonan Desasiswa

 

Semua pelajar digalakkan untuk menyertai aktiviti pada peringkat desasiswa, kelab/persatuan, universiti atau kebangsaan untuk menjana mata yang diperlukan bagi meningkatkan nilai tambah pencapaian setiap pelajar selepas berijazah. Semua rekod penglibatan pelajar akan dipaparkan didalam transkrip kegiatan bukan-akademik (non-academic transcript).

Secara keseluruhannya MyCSD

 

  1. adalah maklumat setiap individu bagi semua aktiviti yang dijalankan mengikut Sidang Akademik.
  2. merekod semua aktiviti pelajar sepanjang sidang dalam sistem [My-activity].
  3. adalah semua aktiviti berdaftar yang diberikan mata yang telah ditetapkan.
  4. memberi mata dan nilai tambah kepada permohonan desasiswa.

 

Permohonan desasiswa untuk sidang berikutnya boleh dilakukan secara on-line melalui web apabila notis permohonan dikeluarkan.
Mata MyCSD terkumpul yang tinggi pada setiap sidang akan meningkatkan peluang seseorang pelajar terpilih untuk menginap di desasiswa.