WhatsApp Image 2020 04 05 at 8.37.58 PM 2

Logo Desasiswa Indah Kembara yang baharu.


Warna dan bentuk Perincian
Semi bulatan dan warna biru

Melambangkan keteguhan perpaduan yang kukuh di antara penghuni, MPDIK dan pihak pengurusan dengan menitik beratkan sifat bekerjasama dan sikap saling membantu dalam apa jua perkara.

Huruf “I” dan warna merah

Warna merah ditekankan pada huruf “I” yang mewakili perkataan INDAH. Merah merupakan simbolik kepada berani, iaitu keberanian dalam perjuangan dan pentadbiran yang lebih dinamik di samping menunjukkan suatu keindahan.

Huruf “K” dan warna hijau

Warna hijau ditekankan pada huruf “K” yang mewakili perkataan KEMBARA yang bermaksud kesejahteraan dan keamanan sesebuah perjalanan.

Ombak berwarna kuning Ombak kuning melambangkan keteguhan integriti dalam organisasi dalam menhadapi segala keadaan.
 
 
 
 download
KUNING adalah warna rasmi bagi Indah Kembara juga melambangkan penghuni desasiswa yang mementingkan kerohanian di dalam kehidupan seharian. Warna kuning juga menunjukkan warga desa Indah Kembara yang sentiasa ceria walau dalam apa jua rintangan.
 
HIJAU melambangkan penghuni desasiswa Indah Kembara yang cintakan alam sekitar dan memupuk sifat sayangkan bumi agar generasi seterusnya dapat merasai nikmat yang dikecapi pada hari ini. Selain itu, warna hijau melambangkan PALAPES DARAT  yang sedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
 
BIRU bermaksud perpaduan penghuni Indah Kembara yang menjadi teras kehidupan yang harmoni di mana penghuninya terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang terdapat di Malaysia. Selain itu, warna biru  juga menjadi simbol bagi PALAPES LAUT yang sedia berkhidmat untuk negara tercinta.
 
MAROON melambangkan kegigihan dan usaha setiap daripada penghuni desa serta pekerja-pekerja di desa ini.Warna maroon juga melambangkan semangat setiap anggota desa yang terdiri daripada palapes dan pelajar-pelajar yang berwibawa dan tidak pernah berputusa asa.
 
SEGIEMPAT SAMA MENYERONG bermaksud kejayaan yang dicapai dan bakal digapai oleh penghuni Indah Kembara dari segi akademik dan juga kokurikulum. Sahsiah diri untuk semua penghuni Indah Kembara akan sentiasa dibentuk dan disemai agar menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
 
CANTUMAN HURUF I & K yang bermaksud Indah Kembara ialah kerjasama antara penghuni lelaki dan perempuan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia dan juga pihak Desasiswa Indah Kembara.