Pada awalnya Desasiswa Indah Kembara ditubuhkan secara berasingan iaitu Desasiswa Indah dan Desasiswa Kembara. Kedua-dua desasiswa ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato` Hj Musa Bin Mohamad , Naib Canselor USM yang ketiga pada 31 Disember 1994.Kemudiannya atas faktor tertentu Desasiswa Indah dan Desasiswa Kembara telah digabungkan pada tahun 1998. 
 
Desasiswa indah kembara mempunyai 4 blok asrama pelajar lelaki dan perempuan. Pada awalnya  setiap satu blok asrama menempatkan seramai  332 orang [3 orang sebilik]  menjadikan keseluruhan kapasiti maksimum 1,328 orang pelajar. 
 
Pada masa kini, bilik-bilik pelajar  telah dinaiktaraf untuk memberi keselesaan dan suasana penginapan yang kondusif. Sehubungan dengan itu, bilangan penghuni telah dikurangkan kepada 2 orang sebilik menjadikan bilangan keseluruhan penghuni seramai 904 orang pelajar, iaitu 226 orang bagi setiap blok asrama. Pada masa ini, Blok L06, L07 dan L11 dijadikan blok penginapan pelajar perempuan manakala Blok L12 adalah blok penginapan bagi pelalajr lelaki. 
 
Desasiswa Indah Kembara di bawah pentadbiran seorang Penggawa, dua orang Penolong Penggawa dan seorang Felo. Pengurusan  desasiswa dilaksanakan oleh seorang Penolong Pengurus Asrama, dua orang Pembantu Tadbir, dua orang Penyelia Asrama dan lima orang Pekerja Awam.
 
Kedudukan Desasiswa Indah Kembara adalah berhampiran dengan padang kawad, stadium hoki/olahraga, dewan peperiksaan dan pintu utama USM. Sehubungan dengan itu Desasiswa Indah Kembara amat bersesuaian untuk dijadikan penginapan luar, aktiviti akademik dan ko kurikulum.